Friday, November 7, 2014

Salam Perkenalan

Salam semua,

saya merupakan seorang suri rumah tangga sepenuhmasa.
Mempunyai 3 orang cahaya mata..
Yang dua daripadanya merupakan anak2 syurga ( autism)

Saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia penulisan,
Walaupun karya saya ini tidak sehebat penulis terkenal
tapi ia merupakan yang terbaik buat saya..

Sebagai seorang ibu bagi kanak-kanak autism agak sukar untuk
saya bekerja di luar.Anak-anak saya banyak memerlukan pemerhatian yang khusus
Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mencari rezeki secara atas talian.

Dengan sedikit bakat dan Ilham yang Allah s.w.t kurniakan,
Saya berhajat untuk menjual karya saya secara e-book.
Di harap para pembaca dapatlah menghargai karya saya ini
dengan membeli secara sah sekiranya anda berminat.

Bahasa yang akan saya jugakandi dalam novel saya nanti adalah bahasa santai dan mungkin akan bercampur aduk dengan bahasa asing,
Di harap anda dapat menerima dengan hati terbuka,kerana novel ini bukan bertujuan
untuk diterbitkan secara langsung,ianya adalah untuk hiburan semata-mata.

Sekian,saya berharap karya saya nanti dapat menghiburkan anda semua..


Salam sayang,
Dyana

No comments:

Post a Comment