Hujan yang turun renyai-renyai di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam masih belum berhenti.langit seperti turut menangisi pemergian lelaki itu..
Lina yang menangis hiba hanya mampu menatap jenazah suaminya itu diturunkan ke liang lahad.Tiada daya untuk menghalang,tiada sepatah bicara yang mampu di ungkapkan untuk menyatakan betapa dia tidak sanggup untuk melepaskan tubuh lelaki yang sangat di cintai itu pergi..
Namun kuasa Allah,tiada sesiapa yang mampu melawannya.Tiada hak bagi manusia untuk mepertikaikan hidup dan matinya seseorang hamba.Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa di atas setiap hamba-hambanya.
Selesai tanah menutupi pusara,Iman Majid terus memulakan bacaan talkin.Lina yang masih di situ,hanya mampu menangis sayu,tangannya tidak berhenti mengusap lembut bayi yang berada didalam kandungannya.Perut yang kelihatan membusung itu,hanya menunggu hari untuk melahirkan bayi yang sangat Lina idamkan.Bayi yang akan menjadi pengikat kasih sayang antara Lina dan Haris.
Sesungguhnya Lina tidak sama sekali menduga yang Haris akan meninggalkan dia selama lamanya dalam saat dimana mereka sedang gembira untuk menyambut kelahiran bayi pertama yang ditunggu-tunggu sejak setahun yang lalu.Berat benar dugaan Allah kali ini,Sesungguhnya Lina sudah tidak berdaya untuk menanggungnya lagi.Serasa seperti dia juga ingin mati pada saat ini.
Tidak sanggup rasanya dia mahu meneruskan hidupnya ini tanpa suami di sisi.Bumi yang luas ini,Lina merasa sangat sempit sekali.Tiada tempat yang boleh di tuju lagi..
Lina tidak menyangka perbualan dia bersama haris malam tadi,menjadi perbualan terakhir mereka bersama.Lina tidak menyangka,kucupan hangat yang haris berikan malam tadi adalah kucupan terakhir buat mereka,Lina jugak tidak menyangka,tahajud mereka bersama malam tadi adalah tahajud yang terakhir buat mereka..
Sesungguhnya Lina sedang nanar memikirkan segala yang berlaku sekarang ini.Bingung dan buntu memikirkan semua yang terjadi.Hatinya hancur lebur bila melihat sekujur tubuh haris terbaring di atas tikar sejadah subuh tadi.
Tanpa Lina sedar,dia telah menangis teresak-esak agak kuat sehingga hadirin di tanah perkuburan itu dapat mendengarnya.Bibirnya merintih sayu memanggil nama suaminya.Hadirin yang datang turut menjadi sebak bila mendengar rintihan Lina.
Tiba-tiba lina tersedar, bila Cik Esah memanggil namanya untuk menyiram air mawar di atas kubur arwah suaminya.Lina sekuat daya berusaha untuk bangun dengan perut memboyotnya itu.Dicapai Jug berisi air mawar.Di sirim dengan penuh kasih di atas pusara itu,sambil dia menangis memanggil nama suami nya itu,Merayu meminta agar suaminya kembali.
Lina tiba-tiba merasa gelap dan seluruh isi alam ini berpusing..lina terus tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya lagi....
bersambung....
No comments:
Post a Comment